Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Peluang panggilan temuduga lebih cerah jika tak bertudung’
Diterbitkan:  Mar 7, 2019 4:54 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Menggunakan nama-nama yang direka tetapi dengan kelayakan yang sama, kajian sebuah firma penyelidikan bebas mendapati bahawa diskriminasi masih menebal bagi pengambilan pekerja dalam sektor swasta.

Kajian Pusat Pentadbiran dan Pengajian Politik (Cent-GPS) mendapati wanita  yang tidak bertudung lebih mudah mendapat panggilan temu duga kerja, berbanding mereka yang memakai tudung.

Menerusi kajian bertajuk ‘Rasisme Dalam Pengambilan Pekerjaan: Kajian Berat Sebelah Berasaskan Kaum Untuk Kerjaya Permulaan Di Malaysia’, Pengarah Cent-GPS Zaidel Baharuddin berkata pihaknya menghantar resume wanita Melayu bertudung dan tidak bertudung kepada 547 tawaran peluang pekerjaan.

Kedua-dua resume itu adalah daripada individu yang memiliki kelayakan sama, tetapi dibezakan dengan gambar bertudung dan tidak bertudung.

“Hasil kajian mendapati wanita Melayu tanpa tudung mendapat kadar panggilan temu duga lebih tinggi, berbanding graduan Melayu bertudung.

“Wanita tidak bertudung menerima 12.7 peratus atau 70 panggilan temu duga, manakala wanita berhijab hanya menerima 9.14 peratus atau 50 panggilan temu duga.

“Kedua-dua graduan ini mempunyai kelayakan yang sama, hanya dibezakan melalui gambar, iaitu berhijab dan tidak berhijab,” katanya.

[Baca berita berkaitan]

Lihat Komen
ADS