TI Msia digesa adakan EGM selesaikan krisis dalamannya
Terjemahan Transparency International Malaysia (TI) kini terbabit dalam perang mulut yang sudah sampai ke pengetahuan umum.
Terjemahan Transparency International Malaysia (TI) kini terbabit dalam perang mulut yang sudah sampai ke pengetahuan umum.
Bekas Presidennya, Datuk Param Cumaraswamy, yang meletakkan jawatan awal minggu ini, mengecam Setiausaha Agung Prof Mehrun Siraj berhubung emelnya yang didakwa Param 'melampau dan menyakitkan hati' yang membayangkan beliau mengalami masalah mental.
Dalam surat terbukanya melalui emel kepada semua ahli TI semalam, Param menyertakan bersama emel daripada dan kepada Mehrun dan bekas Presiden Lee Chon Sam, untuk menjelaskan mengapa beliau (Param) meletakkan jawatan.
Dalam surat tersebut salinannya turut diperolehi malaysiakini Param berkata, ianya berpunca daripada emel yang dihantar oleh Mehrun kepadanya pada 25 Januari lalu.
Emel itu dihantar sebagai menjawab pertanyaan Param mengapa makalah ketiga TI Malaysia disediakan dan dicetak tanpa pengetahuannya.
Mehrun didakwa berkata, bekas presiden itu sepatutnya menemui pakar neurologi "kerana keadaannya yang semakin hilang ingatan'.
"Boleh saya cadangkan anda menemui segera pakar neurologi untuk mula mendapat rawatan kerana keadaan ini nampaknya semakin teruk menjadi demensia (sejenis penyakit otak).
Seterusnya, Mehrunnya didakwa berkata: "Di samping itu, adalah semakin membosankan bagi orang yang bekerja dengan anda bila anda sering lupa, menafikan ada mengatakan perkara yang sebenarnya anda katakan dan, sejak kebelakangan ini, berkeras yang anda ada mengatakan perkara yang sebenarnya anda tidak kata."
'Pelakuan yang melampau'
Dalam surat peletakan jawatannya Isnin lalu, Param menyebut Mehrun sebagai punca beliau berbuat demikian.
"Bolehkan anda menerima pelakuan melampau seperti itu daripada seseorang, terutama yang berkedudukan tinggi dalam pertubuhan seperti kita ini?
"Presiden mahu mendapatkan maklumat yang sah daripada dalam, (dan) telah memperolehi respon yang kasar daripada setiausaha agung, (sesuatu yang) tidak baik untuk ketelusan dan akauntabiliti yang kita perjuangkan di dunia luar," katanya.
Param juga berkata, beliau tidak langsung menulis 'nota yang kasar, tajam dan berunsur fitnah' seperti yang didakwa oleh Mehrun ditulisnya (Param) baru-baru ini.
Param juga mendedahkan yang beliau menunggu minit mesyuarat exco kesembilan, yang tidak dihadirinya kerana 'emel' yang diterima dari Mehrun itu, dan beliau juga ketika itu sedang menimbang untuk meletakkan jawatan di mesyuarata agung tahunan (AGM) Mac ini.
Mesyuarat exco tersebut dipengerusikan oleh Lee selaku timbalan presiden.
"Minit tersebut tidak sampai-sampai. Tetapi kenyataan setiausaha agung dan (ahli exco) Anwar Fazal dan timbalan presiden mempersoalkan maruah dan integriti saya berhubung peletakan jawatan saya adalah sukar hendak dipercayai," katanya.
Ketika dihubungi semalam, Param yang juga bekas Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Kebebasan Hakim dan Peguam, enggan bercakap mengenai surat tersebut. Usaha untuk menghubungi Mehrun juga tidak berjaya bagi mendapatkan ulasannya mengenai perkara tersebut.
Adakan EGM
Perbalahan dalaman badan pemantau rasuah yang ditubuhkan 10 tahun lalu itu, menjadi pengetahuan umum selepas Param meletakkan jawatannya, beberapa hari selepas Lee meletakkan jawatan timbalan presiden.
Lee, yang menyatakan perbezaan pandangan dengan Param sebagai alasannya, telah menarik balik peletakan jawatannya pada hari Selasa sehari selepas Param meletakkan jawatan sebagai presiden TI Malaysia.
Sementara itu, Ahli Exco TI Malaysia, Josie Fernandez berkata, lapan orang ahli, termasuk tiga orang exco, mahu mesyuarat agung luarbiasa (EGM) diadakan bagi menyelesaikan krisis tersebut.
"Ini adalah satu-satu jalan untuk menyelesaikan krisis bagi memastikan ketelusan. EGM itu boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat krisis tersebut dan membuat perakuan," katanya ketika dihubungi.
Mengikut Perlembagaan TI Malaysia, EGM boleh diadakan jika ada permintaan secara bertulis daripada setiausaha dan tidak kurang daripada 15 ahli. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.