Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno akan kemuka nama pengganti Ronald Kiandee
Diterbitkan:  Mar 11, 2019 1:15 PM
Dikemaskini: 5:15 AM

PARLIMEN | Umno akan mengemukakan nama baru bagi menggantikan Dr Ronald Kiandee sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ia susulan tindakan Ronald pada Disember tahun lalu menyertai segerombolan wakil rakyat dan pemimpin Umno Sabah untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid mengesahkan perkara itu dan menjelaskan pihaknya akan mengemukakan satu nama bagi menggantikan Ronald.

"Akan ada (pengganti Ronald). Kita akan kemukakan kepada speaker (nama itu). Kita ada satu nama sahaja," kata Mahdzir ketika diminta mengulas perkara itu, di lobi parlimen hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof sebelum ini menjelaskan bahawa, mengikut peraturan, jawatan pengerusi PAC perlu disandang oleh anggota parlimen parti pembangkang.

Ronald dipilih BN bagi memegang jawatan Pengerusi PAC selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang berjanji agar jawatan itu disandang pembangkang.

Lihat Komen
ADS