Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BN cadang Noraini dilantik pengerusi PAC - Shahidan
Diterbitkan:  Mar 11, 2019 2:50 PM
Dikemaskini: 6:50 AM

PARLIMEN | MP Arau Shahidan Kassim hari ini mendedahkan BN mencadangkan Ketua Wanita Umno Noraini Ahmad dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ini selepas Ronald pada Disember tahun lalu bertindak menyertai segerombolan wakil rakyat dan pemimpin Umno Sabah untuk keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Pengerusi PAC kita cadangkan Noraini. 

"Tetapi pengerusi PAC dilantik kerajaan kita boleh buat cadangan," katanya.

Noraini ialah MP Parit Sulong.

Sebelum ini, Kiandee dilantik sebagai pengerusi PAC setelah kerajaan bersetuju jawatan itu diperuntukkan untuk pembangkang.

Dalam perkembangan lain, Shahidan berkata untuk mencapai sebahagian matlamat kerjasama Umno dan PAS, beliau akan mencadangkan pelantikan wakil PAS menjadi exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang diperintah BN .

"Umno dan PAS akan bekerjasama dan kita akan cadangkan pelantikan exco PAS dalam kerajaan," jelasnya.

Pada ketika ini, BN menguasai Perlis dan Pahang, manakala PAS memerintah kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Lihat Komen
ADS