Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan lelaki disyaki hina Hindu
Diterbitkan:  Mar 12, 2019 9:28 AM
Dikemaskini: 1:28 AM

Seorang lelaki berusia 52 tahun ditahan polis dan bakal direman bagi membantu siasatan kes membuat kenyataan jelik kepada agama Hindu di media sosial.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun, berkata tangkapan tersebut dilakukan semalam.

Katanya suspek disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenti atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

Beliau berkata suspek juga akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Orang ramai diingat agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan memuat naik atau berkongsi kenyataan berbentuk provokasi yang menyentuh sensitiviti mana-mana agama dan kaum di negara ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS