PM: Hentikan perbuatan memperolok-olokkan sebarang agama
Terjemahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa dunia Islam dan Barat supaya 'menerima satu sama lain sebagai setara", dan mengecam perbuatan memburuk-buruk Islam yang berlaku di Barat.
Terjemahan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menggesa dunia Islam dan Barat supaya 'menerima satu sama lain sebagai setara", dan mengecam perbuatan memburuk-buruk Islam yang berlaku di Barat.
Ketika kemarahan umat Islam meledak di seluruh dunia berikutan penyiaran karikatur yang menghina Nabi Muhammad, Abdullah menyeru supaya dihentikan "perbuatain memperolok-olokan sebarang agama".
"Di satu pihak, banyak suara yang bercakap bagi pihak Islam, dan satu pihak lagi pula bercakap bagi pihak Barat, yang 'tidak memberi keadilan kepada mana-mana pihak'," kata Abdullah ketika berucap di sidang antarabangsa mengenai hubungan antara Barat and Islam.
"Ramai di Barat melihat Islam sinonim dengan keganasan. Umat Islam dilihat sebagai pembawaan pengganas," kata Abdullah. Malaysia adalah Pengerusi Persidangan Pertubuhan Islam (OIC) dengan seramai 57 anggota.
"Mereka fikir Osama bin Laden bercakap bagi pihak agama (Islam) dan pengikutnya. Islam dan umatnya dikaitkan dengan semua perkara yang negatif dan mundur," katanya.
"Perbuatan memburuk-burukkan dan mencerca umat Islam, tidak dapat dinafikan, kini meluas dalam masyarakat perdana barat," katanya.
Keganasan sia-sia
Abdullah berkata, tindakan mensasar mereka yang dituduh Islam" telah memburukkan lagi keadaan, tetapi beliau mengaku,"keganasan sia-sia" yang dilakukan oleh para militan "telah membuat keadaan bertambah buruk".
"Barat perlu menerima Islam sebagaimana mereka mahu Islam menerima Barat. Mereka perlu menerima satu sama lain sebagai setara," kata Perdana Menteri lagi.
"Hormat, saling menerima dan kesetaraan ianya adalah syarat ke arah mewujudkan hubungan yang bahagia dan harmoni," tambahnya.
Abdullah, yang mempromosi Islam sederhana di Malaysia, juga mahu umat Islam menentang "perbuatan memburuk-burukkan Kristian, Yahudi dan Barat" serta "keganasan yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pinggiran".
"Marilah kita mulakan sekarang dengan membendung perbuatan ektrem di kalangan kita. Kita mesti menghentikan perbuatan memperolok-olokkan mana-mana agama atau pencabulan sebarang simbol yang dianggap suci oleh para penganutnya," kata Abdullah merujuk kepada karikatur yang menghina Nabi Muhammad. Berita asal
- AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.