Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lapangan terbang Kulim: Putrajaya belum ada kata putus - KM

Kerajaan persekutuan belum lagi membuat sebarang keputusan mengenai cadangan pembinaan lapangan terbang Kulim, maklum Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Menurutnya berdasarkan kenyataan Kementerian Pengangutan, projek tersebut masih dipertimbangkan kerana kedudukan kewangan dan keutamaan projek-projek lain yang perlu dilaksanakan.

Bagaimanapun, kata Chow kerajaan persekutuan terbuka terhadap sebarang cadangan bagi membantu rancangan dan pembinaan ekonomi, termasuklah lapangan terbang Kulim.

"Pendirian kerajaan untuk menyokong industri logistik di Kedah, justeru rancangan membina lapangan terbang itu telah dibentangkan kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) untuk semakan semula," katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini.

Chow berkata suatu kajian pembangunan lapangan antarabangsa baru di utara telah dibentangkan kepada kerajaan pada 14 Disember 2015.

"Menurut Kementerian Pengangkutan lapangan terbang Kulim telah dicadangkan sebelum ini.

"Kerajaan, melalui Unit Perancangan Ekonomi dalam Jabatan Perdanan Menteri telah melantik KPMG Consulting and Risk Management Sdn Bhd untuk mengkaji pembangunan sebuah lapangan terbang antarabangsa baru di utara.

"Hasil kajian itu telah dibentangkan kepada Majlis EKonomi Negara pada 14 Disember 2015.

"Oleh yang demikian, berdasarkan kedudukan kewangan negara dan keutamaan terhadap projek lain, kerajaan persekutuan belum memutuskan sama ada untuk membina lapangan terbang Kulim atau tidak," jelasnya.

Pertikai bina lapangan terbang

Pada masa lalu, cadangan itu telah ditolak pelbagai pihak termasuk parti Gerakan di Pulau Pinang yang mempertikaikan rancangan Putrajaya membina lapangan terbang di Kulim.

Pengkritik juga mempersoalkan keperluan dibina lapangan terbang Kulim kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang cuma terletak kira-kira 50 km jaraknya.

Chow berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang kini mempunyai kapasiti tahunan sebanyak 6.5 juta penumpang.

Tetapi bilangan pelancong ke Pulau Pinang naik kepada 7. 8 juta penumpang pesawat, peningkatan 120 peratus di luar kapasiti tahunan lapangan terbang.

"Kerajaan komited untuk menyelesaikan masalah Pulau Pinang, menteri pengangkutan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk menaik taraf lapangan terbang.

"Kami menganggap pelebaran ruang bagi syarikat penerbangan tambang murah untuk beroperasi di terminal sedia ada.

"Ruang tambahan ini membolehkan lapangan terbang Pulau Pinang beroperasi pada kapasiti tahunan sebanyak 12 juta penumpang," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS