Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Johor peruntuk RM6.4j bersihkan Sungai Kim Kim
Diterbitkan:  Mar 14, 2019 8:41 AM
Dikemaskini: 12:41 AM

Rentetan kes pencemaran akibat daripada pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim, Johor, kerajaan negeri meluluskan peruntukan kecemasan sebanyak RM6.4 juta bagi kerja-kerja pembersihan di kawasan terbabit.

Menurut Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor, Dr Sahruddin Jamal, kerja pembersihan yang dilaksanakan melibatkan kawasan sehingga 1.5km ke hilir dari punca pencemaran tersebut.

"Beberapa kontraktor telah dilantik untuk melaksanakan segera kerja-kerja pembersihan ini agar langkah kawalan dapat dilaksanakan.

"Pegawai Daerah Johor Bahru Mohammed Ridha Abdul Kadir dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana (JPBB) Johor untuk menyelaras tugas-tugas pemantauan, kawalan dan keselamatan selama 24 jam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sahruddin menambah, Pusat Arahan Kawalan Keselamatan telah diwujudkan di Dewan Serbaguna Taman Pasir Putih, manakala pusat kawalan Operasi Bencana JPBB Daerah Johor Bahru ditempatkan di aras 3 Menara Aqabah Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Kes pencemaran toksik yang berlarutan seminggu menyaksikan jumlah kes baru meningkat apabila pelajar dan murid di beberapa sekolah di sekitar kawasan itu mendapatkan rawatan kerana mengalami sejak nafas, loya dan muntah. 

Lihat Komen
ADS