Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dr Dzulkefly nafi KKM lambat bertindak, tiada kematian setakat ini

PARLIMEN l Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan pihaknya lambat bertindak membantu mangsa pencemaran Sungai Kim Kim di daerah Pasir Gudang, Johor.

Menterinya Dr Dzulkefly Ahmad berkata, rawatan perubatan diberikan sejak hari pertama kejadian itu.

“KKM bertindak sejak hari pertama lagi. Saya menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor sejak hari pertama dan telah beri rawatan sejak kes, baik yang serius mahu pun yang ringan.

“Ada yang kami masukkan untuk observation (pemerhatian) jadi isu KKM bertindak lewat memang tidak benar sama sekali,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di lobi parlimen, hari ini.

Dr Dzulkefly juga menafikan spekulasi bahawa ada antara mangsa yang meninggal dunia akibat pencemaran bahan kimia itu.

Setakat ini, sejumlah 947 orang dirawat dengan 12 daripada mereka masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail (HSI) berikutan pencemaran akibat pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Khamis lalu.

Dr Dzulkefly juga mengesahkan mangsa keracunan bahan kimia itu berada dalam keadaan stabil dan kesan yang dialami tidak membahayakan.

Selain daripada itu, katanya, seramai 19 kakitangan kementerian termasuk seorang pakar perubatan turut terkesan dengan pencemaran sisa toksik..

“Sehingga semalam, kakitangan kami jadi mangsa adalah 19 orang, mereka juga manusia, mereka bukan kebal,” katanya.

Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga, dr Dzulkefly mengingatkan orang ramai untuk menjauhi kawasan berkenaan, hususnya 5km dari sungai Kim Kim bagi mengelak terkena sisa pencemaran.

“Orang ramai perlu dapatkan maklumat terkini dari sumber yang sahih dan fasiliti (hospital) terdekat jika terdapat gejala pedih mata, pening, muntah, sesak nafas sehinggakan pengsan jadi semua ini kami memahami gejala toksik kesan keracunan itu,” katanya.

Semalam kerajaan mengarahkan semua 111 sekolah di Pasir Gudang, ditutup serta-merta sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan.

Lihat Komen
ADS