Malaysiakini
BERITA

MP DAP cabar Raja Petra pulang ke M'sia, buktikan dakwaan

Susan Loone

Diterbitkan

Seorang anggota parlimen DAP mencabar Raja Petra Kamaruddin untuk pulang ke Malaysia dan mengemukakan bukti dakwaan rasuah projek terowong bawah laut Pulau Pinang, yang turut mengaitkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

"Banyak kali saya cabar sesiapa yang membuat dakwaan berkenaan projek itu untuk buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mengulang dakwaan di luar Dewan Rakyat, bukannya berlindung di sebalik kekebalan Dewan Rakyat.

"Jadi kami cabar Raja Petra untuk pulang," katanya.

Beliau mengulas rayuan Raja Petra terhadap Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk membenarkannya pulang bagi membantu siasatan pihak berkuasa berhubung perkara itu.

Beliau juga berkata mahu dilayan seperti Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown dan bekas pegawai Petrosaudi Xavier Andre Justo, yang menurutnya mendapat layanan VVIP ketika berkunjung ke Malaysia.

Mengulas perkara itu, Rayer berkata, "Adakah dia benar-benar mahu pulang untuk buktikan dakwaan? Atau menggunakan alasan ini untuk pulang? Saya rasa dia tak jujur, dia juga tiada kredibiliti."

"Pada satu masa, dia sokong Presiden PKR Anwar Ibrahim dan mengkritik bekas perdana menteri Najib Razak, tetapi selepas itu dia berpaling tadah.

"Jika dia benar-benar mengambil tahu tentang kebajikan rakyat di negara ini, apa dia buat di London?" soalnya lagi.

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.