BERITA Malaysiakini

RON97 naik 8 sen, RON95 dan diesel tak berubah

News  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Mulai tengah malam ini harga petrol RON97 akan dijual dengan harga RM2.54 seliter, naik lapan sen daripada RM2.46 sen minggu lalu.

Sementara itu, harga RON95 kekal tidak berubah pada RM2.08 seliter dan diesel kekal pada RM2.18 seliter.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan hari ini, harga berkenaan akan berkuatkuasa mulai 25 Mac sehingga 22 Mac ini.

Putrajaya telah memperkenalkan semula kaedah apungan harga mingguan bagi petrol dan diesel mulai 1 Januari 2019 menggunakan formula mekanisme harga automatik (APM).

Pada 27 Februari lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan kabinet akan mengurangkan harga siling dari RM2.20 ke RM2.08 seliter.

"Menurut pengiraan di bawah APM, harga jualan untuk RON95 dan diesel dari 16 Mac ke 22 Mac masing-masing ditetapkan pada RM2.44 seliter dan RM2.37 liter.

"Bagaimanapun, harga RON95 dan diesel bagi tempoh disebut di atas kekal pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter berikutan keputusan kerajaan untuk mengekang peningkatan harga produk petrolium bagi mengurangkan beban kewangan orang ramai," kata kenyataan itu hari ini.