Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Empat orang MP, dua ahli Dewan Negara dan dua orang Adun dari Sabah telah diterima keanggotaannya secara rasmi ke dalam Bersatu hari ini.

Dengan perkembangan ini, Bersatu memiliki 26 anggota parlimen, menjadikan PH kini mempunyai 129 MP di Dewan Rakyat.

Dengan sokongan MP dari Warisan dan United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), gabungan parti pemerintah kini mempunyai sokongan 139 anggota parlimen atau 63 peratus MP di Dewan Rakyat.

Empat MP yang melompat ke Bersatu ialah Azizah Mohd Dun (Beaufort), Ronald Kiandee (Beluran), Abd Rahim Bakri (Kudat) dan Zakaria Mohd Edris (Libaran).

Sementara dua Adun Sabah yang menyertai Bersatu ialah Hajiji Haji Noor (Sulaman) dan Masidi Manjun (Karanaan).

Senator Abd Ghani Mohamad Yassin dan John Ambrose yang dilantik menjadi ahli Dewan Negara pada Januari lalu turut menerima kad keahlian mereka hari ini.

Ambrose, bekas ketua Umno bahagian Penampang sering dirujuk sebagai simbol kemajmukan Umno kerana beliau seorang Kadazan beragama Kristian.

Kelapan-lapan bekas wakil rakyat Umno ini menerima kad keanggotaan mereka daripada Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad dalam suatu majlis di Putrajaya hari ini.

Lihat Komen
ADS