Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemimpin Umno kecam senator Australia
Diterbitkan:  Mar 15, 2019 7:23 PM
Dikemaskini: 11:25 AM

Pemimpin Umno hari ini mengecam kenyataan Senator Australia, Fraser Anning mengenai serangan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 50 Muslim.

Menulis di Twitter, Khairy Jamaluddin menyifatkan kenyataan Anning itu sebagai 'sampah'.

"Sebab sebenar pertumpahan darah di jalan-jalan New Zealand pada hari ini adalah minda perkauman orang berpura-pura seperti sampah macam kamu," kata anggota parlimen Rembau itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa turut mengecam kenyataan Anning yang disifatkan sebagai biadab.

"Sedih dan tersangat dukacita melihat serangan dan pembunuhan jemaah Mesjid di Christchurch NZ yang dilakukan sedemikian rupa.

"Lebih sedih lagi bila ada kenyataan pemimpin politik seperti Senator Fraser Anning yang begitu biadab dan menyeleweng terhadap Islam. Kita rasa cukup tercabar," katanya.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan selepas insiden itu, Anning antara lain berkata serangan itu berpunca daripada isu penghijrahan "pelampau muslim" ke New Zealand.

Dia menambah meskipun masyarakat Islam menjadi mangsa dalam tragedi berdarah itu, namun mereka kebiasaannya merupakan "pelaku jenayah" sebenar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS