Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tiada pelajar M'sia jadi mangsa serangan di NZ - Maszlee
Diterbitkan:  Mar 15, 2019 9:23 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Tiada pelajar Malaysia menjadi mangsa insiden serangan ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand hari ini, kata Menteri Pendidikan Dr Mazslee Malik.

Beliau berkata ini disahkan setakat petang tadi oleh pihak Education Malaysia Australia.

"Kebanyakan pelajar berada di universiti masing-masing semasa insiden berlaku," katanya dalam satu kenyataan.

Terdapat dua universiti di Christchurch yang mempunyai pelajar Malaysia iaitu Canterbury University dan Lincoln University.

"Pihak Education Malaysia Australia telah berhubung dengan wakil pelajar Malaysia di kedua-dua universiti berkenaan dan mengesahkan jumlah pelajar Malaysia di Canterbury University adalah 270 orang manakala di Lincoln University seramai 33 orang," kata Maszlee.

Maszlee berkata semua pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di sekitar Christchurch dan bandar-bandar lain di New Zealand dinasihat supaya menjaga keselamatan dan sentiasa mengikuti perkembangan dan arahan pihak berkuasa tempatan dari semasa ke semasa.

Menurut laporan media, kejadian tembakan itu yang berlaku pada kira-kira 1.40 tengah hari waktu tempatan meragut sekurang-kurangnya 49 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.

- Bernama

Lihat Komen
ADS