Malaysiakini BERITA

PM tak tahu MB Johor ke Batam

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Dr Mahathir Mohamad kelihatan terkejut apabila diberitahu Menteri Besar Johor Osman Sapian berkunjung ke Indonesia untuk mempromosikan sektor pelancongan ketika negeri itu berdepan krisis pencemaran toksik di Pasir Gudang.

Ditemui media di Putrajaya hari ini, perdana menteri diajukan soalan mengenai kedudukan Osman.

Media bertanya pandangan Mahathir atas rasa tidak senang sesetengah pihak apabila Osman dikatakan berkunjung ke Batam.

"Dia pergikah? Saya pun tak taulah," kata Mahathir ringkas.

Osman berada di Batam untuk mempromosikan Tahun Melawat Johor 2020 semalam.

Tindakan Adun Kempas itu mengundang kritikan pihak tertentu kerana di negeri terbabit ada ribuan orang terjejas kesan pencemaran daripada pembuangan bahan kimia di Sungai Kim Kim.

Bagaimanapun Mahathir mempertahankan pendirian kerajaan Johor pimpinan Osman dalam usaha menangani isu berkenaan.

Kata Mahathir, Osman mempunyai pandangan sendiri berhubung krisis berkenaan, namun beliau dan menteri besar Johor itu bersetuju bahawa tiada sebab untuk darurat diisytiharkan atau berasa panik.

"Sebab kami tahu apa yang sedang dilakukan adalah langkah yang sepatutnya diambil dan situasi semasa ditangani dengan baik," katanya.

[Baca berita penuh]