Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff sekali lagi mempersoalkan kebijaksanaan Proton menjual pengeluar motosikal Itali MV Agusta Motors pada harga satu euro, sambil menyatakan pengeluar kereta negara itu rugi, sejumlah 75.99 juta euros atau RM348 juta dengan berbuat demikian.

"Proton kerugian 69.999 juta euro jika dicampurkan dengan fi tambahan yang dibayar kepada perunding dan pentadbir mahkamah Itali kira-kira 6 juta euro," katanya.

"Jenama itu sendiri bernilai lebih satu euro sehingga 30 September 2005. Stok MV Agusta bernilai 64 juta euro (RM292 juta)," katanya di sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Wang ini telah dibelanjakan," katanya.

Katanya, Proton telah membeli pegangan 57.75 peratus dalam MV Agusta pada harga 70 juta euro pada Disember 2004 semasa beliau masih berkhidmat dengan pengeluar kereta negara itu. Tengku Mahaleel bersara dalam 30 September 2005.

Menurut laporan Bernama, beliau juga mempersoalkan alasan keputusan untuk menjual MV Agusta dicapai "dalam satu tempoh yang singkat selama dua bulan" sedangkan keputusan untuk mengambil alih memakan masa 14 bulan (kerana ia sebuah syarikat yang rumit).

"Malah, semasa mengambil alih MV Agusta, kami juga diminta untuk mengkaji mengambil alih sebuah lagi pengeluar motosikal Itali, Ducati.

"Kesimpulannya, Proton telah menjual salah satu aset terasnya dan bukan aset bukan teras," katanya.

Pasaran Eropah

MV Agusta akan memberikan Proton tiga buah kilang yang berkapasiti 40,000-60,000 unit di wilayah Varese di Itali yang memungkinkan kemasukan Proton ke pasaran Eropah dan Asia Barat dari Itali lebih murah.

Kumpulan MV Agusta mempunyai rangkaian kumpulan vendor berkualiti tinggi yang bersedia untuk membantu Proton dan melabur di Malaysia.

Sambil menjelaskan alasan pembelian MV Agusta, Tengku Mahaleel berkata Proton berhadapan dengan masa depan yang tidak tentu di Malaysia di mana wujud ketidakkonsistenan dasar auto dan kadang kala tidak telus.

Untuk meneruskan kesinambungan, ia memerlukan "beberapa pasaran pangkalan yang besar" dan Malaysia adalah salah satu daripadanya.

"Kami telah mengkaji kepentingan 10-15 tahaun ke hadapan.

"Dengan adanya perubahan dasar auto Malaysia, aliran tunai masa depan Proton tidak akan mapan apabila agihan pasaran domestiknya turun di bawah 30 peratus.

"Walaupun mengejutkan, keuntungan operasi suku tahun kedua Proton adalah negeri (RM7 juta), jauh di bawah yang telah diunjurkan.

Persaingan sengit

Dengan mengambil kira persaingan sengit, ia berhadapan tekanan segera untuk mencari keuntungan baru bagi mengekalkan tahap operasi dan pelaburan penyelidikan dan pembangunan.

"Dengan itu, kombinasi pembuat kereta Lotus British dan MV Agusta adalah penting bagi masa depan Proton," katanya.

Katanya, kombinasi pendapatan dari 2008 boleh membiayai keperluan Proton sebanyak RM500 juta setahun untuk mengekalkan tahap pelaburan untuk mengeluarkan produk baru dan peluasan pasaran mungkin RM200-300 juta dari Lotus/MV Agusta yang bergantung kepada kemahiran pengurusan Proton untuk menjadikannya untung dan memperkenalkan produk baru dengan segera.

"Tanpa MV Agusta, di mana Proton akan dapat mencari sumbangan keuntungan RM200 juta setahun di masa depan jika ia kehilangan asas pasaran Malaysia," kata Tengku Mahaleel.

Katanya Kumpulan MV Agusta mempunyai teknologi canggih bagi kejayaan masa depan Proton.

"Ia akan berupaya untuk menghasilkan teknologi enjin kecil yang canggih 850cc dan 1,000 cc bagi kereta Proton pada paras 50 peratus kos pembangunan sama ada Lotus atau Proton.

Kos enjin itu kurang RM2,500 daripada yang dihasilkan Renault. This membolehkan dilakukan lebih banyak penjimatan bagi 250,000 Savvys dalam tempoh lima tahun berjumlah RM625 juta berbanding dengan pengambilalihan MV Agusta oleh Proton pada harga 70 juta euro.