Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu pengerusi PAC: PH terikat dengan manifesto, kata Anwar

Jawatan pengerusi Kira-kira Wang Negara (PAC) patut diketuai oleh anggota parlimen pembangkang seperti dinyatakan dalam manifesto pilihan raya Pakatan Harapan, kata Anwar Ibrahim.

“Saya masih terikat dengan manifesto tetapi kita dengar penjelasan PM apa kewajaran PM dalam kes ini,” kata presiden PKR di lobi parlimen.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat keperluan untuk berbincang berkaitan kenyataan Perdana Menteri bahawa PAC akan tetap diketuai oleh Ronald Kiandee, yang kini menyertai Bersatu.

“Saya ingat boleh kita bincang teliti semula dan kita rujuk kepada PM,” katanya.

Ronald Kiandee

Ronald bersama tujuh lagi anggota parlimen Sabah menyertai Bersatu pada 15 Mac lalu.

Keputusan itu menimbulkan rasa tidak puas hati, termasuk oleh anggota parlimen kerajaan sendiri, termasuk Naib Presiden PKR Nurul Izzah, yang juga anak Anwar, dan pemimpin DAP Hannah Yeo.

Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun berkata kerajaan telah memenuhi manifesto dengan melantik Ronald ke jawatan itu ketika pemimpin itu bersama pembangkang.

Sementara itu, Anwar ketika ditanya sama ada semua parti komponen PH bersetuju dengan lantikan Ronalds, berkata beliau “tidak perasan dan perlu menyemaknya” terlebih dahulu.

Anwar berkata beliau semalam mempunyai urusan di Rantau, yang bakal menyaksikan pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Lihat Komen
ADS