Pelajar perubatan tahun akhir di sebuah universiti swasta, Kiren Raj memohon maaf kerana membuat kenyataan berbaur seksis dan perkauman sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati warga maya dan menyaksikan beberapa laporan polis dibuat.

Kiren, 27, hari memohon maaf secara terbuka semasa majlis anjuran Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Michael Chong.

"Saya tidak bermaksud untuk melukakan mana-mana pihak, maafkan saya, dan lebih-lebih lagi bukan niat saya mahu menghina wanita. Mereka banyak berjasa.

"Kita mesti sentiasa melayan mereka dengan hormat, saya sangat menyesal kerana membuat komen seumpama itu," katanya.

Berikutan kematian pelakon Emily Kong dalam kemalangan jalan raya pada 9 Mac, Kiren mengulas kejadian itu berkongsi pendapatnya di Facebook yang dikecam secara meluas kerana berbaur seksis dan perkauman.

Dia juga berkata bahawa doktor mempunyai hak untuk menolak seseorang pesakit berdasarkan orientasi seksual mereka.

International Medical University (IMU) kemudian mengumumkan bahawa pendengaran tatatertib akan dijalankan untuk menyiasat kenyataan pelajarnya yang didakwa menghina wanita.

Pada majlis hari ini, Kiren diiringi oleh dua orang peguam K Kumaraendran dan Teh See Khoon.

Kumaraendran mengakui mempunyai pertalian dengan Kiren.

[Baca berita penuh]