Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis rakam keterangan 3 individu isu Himpunan Hari Wanita

Polis hari ini merakam keterangan daripada tiga individu berhubung Himpunan Hari Wanita yang menjadi kontroversi susulan penyertaan golongan LGBT dalam himpunan itu.

Ketiga-tiga mereka ditemani kira-kira 50 penyokong yang hadir di ibu pejabat polis Dang Wangi pada pukul 2 petang tadi dan diambil keterangan selama lebih kurang dua jam.

Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah individu yang disiasat sebanyak 9 orang termasuk tiga merupakan penganjur.

Peguam Gurdial Singh Nijar yang mewakili salah seorang daripada tiga individu itu bercakap kepada pemberita bagi pihak mereka.

"Mereka adalah orang yang dikenal pasti polis tapi saya tidak tahu atas alasan apa," kata Nizar di luar balai polis, tanpa mendedahkan identiti ketiga-tiga mereka.

Percubaan media untuk mewawancara ketiga-tiga mereka tidak berhasil kerana mereka meninggalkan balai polis selepas sesi memberi keterangan selesai.

Nijar yang juga merupakan timbalan presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), berkata dia membantah siasatan terhadap individu yang terlibat dalam demonstrasi aman.

"Mereka tak buat apa-apa kesalahan. Dan ini percubaan untuk menakutkan orang, memecahkan masyarakat, dan mewujudkan perpecahan.

"Ia jelas merupakan demonstrasi aman untuk mengetengahkan hak wanita. Ini merupakan hari yang disambut di peringkat antarabangsa yang semua orang di seluruh dunia sertai," katanya.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun memberitahu bahawa pihaknya sedang menyiasat penganjur himpunan berkenaan kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu memberi notis dalam tempih 10 hari sebelum himpunan.

Bagaimanapun, penganjur menegaskan bahawa mereka sudah memaklumkan polis tentang himpunan itu pada 25 Feb, seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman.

Nijar mendakwa polis meminta ketiga-tiga mereka pelbagai soalan namun tiada satu berhubung notis berkenaan.

"Mereka tidak mempersoalkan notis itu. Jelas bahawa penganjur sudah menyerahkan borang.

"Penganjur juga menanda semua keperluan yang disenaraikan dalam borang itu sebelum menyerahkannya kepada polis," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS