Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Bossku Najib' disindir video komedi
Diterbitkan:  Mar 19, 2019 7:18 AM
Dikemaskini: 9:11 AM

Beberapa bulan ini, bekas perdana menteri Najib Razak telah menjadi sensasi media sosial dan menarik kehadiran ramai orang di majlis-majlisnya.

Pemangkinnya dikatakan kempen "Malu apa bosku" yang menukar wajah dan penampilan Najib daripada seorang ahli politik bangsawan dan elit menjadi seorang pemimpin yang semudahnya dapat ditegur sapa di jalanan.

Ini diungkapkan pada lakaran karikatur Najib memakai baju hoodie dan seluar jeans di atas motosikal.

Fenomena "Malu apa bosku" mendorong seorang pelawak tempatan membuat sebuah muzik video bagi menyindir kempen berkenaan.

Bercakap kepada Malaysiakini tengahari tadi, Allan Pereira berkata dia mendapati kempen "Malu apa bosku" menjadi seakan "histeria" lantas dia mendapat idea jenaka tentangnya.

"Ia hanya sindiran... untuk melihat pada suatu-suatu perkara dengan jenaka.

"Kami perlukan lawak jenaka untuk menyeimbangkan kemarahan. Jadi kami fikir ia kelakar tapi dalam masa yang sama juga menduga fikiran," katanya lagi.

Pereira berkata video berjudul “Malaysia Got No Shame Shame Shame” (Malaysia tidak tahu malu) dirakam pada Jumaat lalu.

"Rakaman dibuat selama kira-kira enam jam. Kami menghabiskan masa 20 jam untuk menyunting video itu. Saya membayangkan ideanya dan menulis lirik lagu seminggu sebelum itu," jelasnya.

Antara lain, liriknya berbunyi: "For nine long years, you were the country's, main man. But we found out soon enough, of evidence, a scandalous man." (Selama sembilan tahun, kamu orang paling penting dalam negara. Tapi kami dah jumpa bukti kamu orang yang banyak skandalnya.)

Najib menjadi perdana menteri dari 2009 ke 2018 dan kini sedang berhadapan deretan pertuduhan di mahkamah berkaitan skandal 1MDB.

Lihat Komen
ADS