Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Jabatan laut batal operasi feri Dragon Star ke Langkawi
Diterbitkan:  Mar 19, 2019 10:26 PM
Dikemaskini: 2:26 PM

Jabatan Laut Malaysia membatalkan semua operasi perjalanan feri penumpang milik Syarikat Dragon Star Shipping Sdn Bhd bagi laluan Pulau Langkawi, Kuala Kedah dan Kuala Perlis berkuatkuasa semalam.

Jabatan Laut Malaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan berikutan pembatalan operasi perjalanan itu, syarikat berkenaan dilarang untuk menjalankan sebarang pengoperasian feri penumpang di Terminal Penumpang Kuah, Langkawi; Terminal Penumpang Kuala Kedah dan Terminal Penumpang Kuala Perlis.

"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada semakan terhadap rekod perkhidmatan syarikat serta tahap pengurusan keselamatan feri-feri penumpangnya yang tidak memuaskan yang boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada para penumpang," katanya.

Pada 25 Feb lalu, 52 penumpang feri Dragon Star 1 berhadapan detik cemas selepas feri itu terbakar sebaik bertolak dari Terminal Feri Kuah, Langkawi menuju ke Kuala Perlis sebelum diselamatkan oleh bot dan feri lain yang berada berdekatan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS