Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
M'sia utus surat ke S'pura hukuman gantung rakyat Sarawak - Liew
Diterbitkan:  Mar 19, 2019 10:51 PM
Dikemaskini: 2:51 PM

Malaysia akan mengutus surat representasi ke Singapura bagi membantah hukuman mati yang dirancang ke atas warga Malaysia Michael anak Garing yang disabitkan kesalahan membunuh di republik itu pada 2015.

Warga Sarawak itu dijadual menjalani hukuman gantung di penjara Changi pada Jumaat (22 Mac).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong memberitahu pemberita di lobi Parlimen hari ini bahawa kerajaan Malaysia akan mengambil tindakan kepada kerajaan Singapura, serupa dalam kes seorang lagi warga Malaysia, Prabu N. Pathmanathan, tahun lepas.

Adalah dilaporkan Michael disabitkan kesalahan membunuh oleh mahkamah tinggi republik itu dan sabitan itu disahkan oleh mahkamah rayuan pada 2017.

Prabu menjalani hukuman mati di penjara Changi pada Oktober 2018.

Beliau disabitkan kesalahan menyeludup masuk 227.82 g diamorfin atau heroin ke Singapura pada 2014.

- Bernama

Lihat Komen
ADS