Malaysiakini
BERITA

Kejutan di Sungai Kim Kim

Azneal Ishak

Diterbitkan
Dikemaskini 11 Dis 2019, 9:29 pagi

RENCANA BERGAMBAR | Krisis pencemaran yang berpunca daripada pembuangan haram bahan toksik di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor masih segar dalam ingatan.

Ia kejadian yang mengejutkan dan berlaku dengan cepat. Ribuan kes dicatatkan dengan sebahagian daripada mangsa dirawat di hospital.

Sesetengah mereka sehingga terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Bagaimanapun tindakan pantas pelbagai agensi kerajaan berjaya mengawal keadaan dan kini pencemaran yang menakutkan itu sudah berjaya dikawal.

Untuk membuktikan keadaan di Pasir Gudang sudah pulih, semala Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin, membuktikannya.

Beliau berada di tapak pembuangan haram di Sungai Kim Kim bagi menyaksikan sendiri keadaan di situ, termasuk kualiti udara yang ada.

Tanpa mengenakan sebarang pakaian khas atau penutup hidung Yeo menunjukkan kualiti udara di situ tidak lagi mengandungi bahan yang boleh mengancam kesihatan.

"Jika saya mahu masyarakat yakin sungai ini selamat, saya perlu menunjukkan yang ianya selamat dengan tidak memakai topeng di sini.

"Kalau terkena, sayalah orang pertama yang akan menerima padahnya," kata Yeo seperti dipetik di media sosial.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat berjalan melintasi peta lokasi operasi pembersihan Sungai Kim Kim.


Anggota pasukan Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan pemeriksaan berkala bagi mengukur tahap pencemaran pada 14 Mac.

Untuk rekod sebanyak 2.43 tan sisa bahan kimia dibuang ke Sungai Kim Kim. Ia turut menyebabkan 111 sekolah di sekitar Pasir Gudang ditutup.

Kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan peruntukan kecemasan daripada kerajaan negeri sebanyak RM6.4 juta.

Anggota Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia melakukan pemeriksaan berkala bagi mengukur tahap pencemaran di Sungai Kim Kim.

Salah seorang mangsa dibantu untuk mendapatkan rawatan di pusat perubatan yang disediakan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 15 Mac.

Kanak-kanak adalah antara penduduk turut terjejas dengan pencemaran yang berlaku apabila mereka tidak lagi boleh bermain-main di luar.

Seorang kanak-kanak dibantu anggota petugas menyarung penutup hidung dan mulut bagi mengelak terhidu bahan berbahaya di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 15 Mac.

Menurut laporan Bernama, suatu ketika dulu Sungai Kim Kim merupakan lubuk rezeki bagi orang ramai mendapatkan pelbagai hasil seperti ikan, udang galah, lokan dan siput sedut.

Ketika itu, kata penduduk setempat, ramai pemancing datang untuk mencari rezeki di sungai berkenaan.

Penduduk setempat menjalani pemeriksaan kesihatan yang dikendalikan kakitangan Kementerian Kesihatan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang.

Bagaimanapun keadaan tidak lagi sebegitu apabila sungai sepanjang kira-kira 1.5km itu dicemari pelbagai bahan tidak sepatutnya seperti sampah, plastik dan bahan kimia.

Anggota petugas berehat seketika selepas menjalankan operasi di Sungai Kim Kim.

Yusof Khhalid, 41, membawa anaknya Ridwan, 7, dan Fatihah, 5, untuk pemeriksaan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada 15 Mac.

Dua penduduk kampung tidak mengabaikan langah berjaga-jaga ketika berehat seketika di depan sebuah kedai runcit selepas mereka selesai menunaikan solat Jumaat pada 15 Mac.

Semalam Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata seramai 395 mangsa masih menerima rawatan 

Daripada jumlah itu katanya 14 kes mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Aminah, manakala 32 kes lagi di Hospital Sultan Ismail.

Beliau berkata pola semasa menunjukkan berlaku penurunan jumlah mangsa yang direkodkan.

Kanak-kanak memakai topeng selepas solat Jumaat ketika tahap udara di kawasan Pasir Gudang berada pada tahap tidak sihat

Pasukan petugas menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan di Pasir Gudang.

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.