Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bumiputera tak diketepikan dalam rundingan semula RAC

PARLIMEN | Tiada kontraktor bumiputera "disingkirkan" dalam proses rundingan semula kontrak Perbadanan Aset Keretapi (RAC) yang diberikan melalui tender terhad semasa kerajaan BN.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke semua rundingan semula kontrak bagi membangunkan bank tanah RAC melibatkan kontraktor bumiputera.

"Tidak ada isu syarikat-syarikat bumiputera disingkirkan. Ia cuma rundingan semula.

"Dulu pun (semasa pentadbiran BN) bukan semua bumiputera yang dapat," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Loke memberi penjelasan itu semasa menjawab soalan tambahan Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang mahukan kerajaan menjelaskan berapa ramai kontraktor yang diketepikan melalui proses rundingan semula berkenaan.

Mengenai syarikat bukan Melayu yang diberikan kontrak oleh BN dulu, Tajuddin berkata, ia menunjukkan mereka berlaku adil kepada semua dan berbeza daripada PH.

"Jangan putar belit, PH tak ada singkirkan syarikat bumiputera," katanya selepas Tajuddin terus mendesak.

Terdahulu Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) meminta menteri menjelaskan perancangan kerajaan untuk bank tanah milik RAC dan sama ada ia akan dilakukan melalui tender tertutup atau terbuka.

Menjawab soalan itu Loke berkata beberapa bidang tanah RAC di sektar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang dikenal pasti untuk dibangunkan dalam tempoh tiga tahun.

Katanya pada peringkat awal, RAC akan melaksanakan kajian pasaran dan feasibility terhadap tanah-tanah yang terlibat bagi mengenal pasti potensi pembangunan hartanah berkenaan.

"Seterusnya, RAC akan menawarkan notis prakelayakan bagi tujuan pemilihan syarikat kerjasama yang berkemampuan dari segi pengalaman dan kewangan.

"Syarat-syarat prakelayakan akan disenaraikan dalam notis prakelayakan dan hanya syarikat yang lulus saja akan ditawarkan dokumen Request For Proposal (RFP).

"RFP yang diterima oleh RAC akan dinilai oleh Jawatankuasa berkaitan," katanya.

Selain itu, katanya, RAC juga dalam peringkat rundingan awal dengan pihak kerajaan negeri untuk menggalakkan pembangunan rumah mampu milik di atas tanah rizab kereta api yang berdekatan dengan stesen kereta api," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS