Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Larang alkohol keputusan kelab golf, kata MB N Sembilan
Diterbitkan:  Mar 22, 2019 1:35 PM
Dikemaskini: 5:35 AM

Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun menafikan beliau mengharamkan penjualan minuman keras di Seremban International Golf Club (SIGC).

Beliau yang juga presiden kelob golf itu berkata keputusan dibuat secara muafakat oleh jawatankuasa SIGC.

Sin Chew Daily memetik Aminuddin sebagai berkata perkara itu telah dibincangkan dalam jawatankuasa SIGC sebanyak dua kali dan persetujuan dicapai menetapkan alkohol tidak boleh dijual di kelab berusia 67 tahun itu.

Katanya, tidak timbul isu beliau melarang penjualan alkohol di SIGC.

Spekulasi mengatakan Aminuddin, yang menerajui jawatankuasa kelab golf itu sejak Ogos 2018, telah melarang penjualan alkohohol di sana.

Dikatakan anggota jawatankuasa SIGC membuat tuduhan tersebut di media sosial.

Semalam, Free Malaysia Today (FMT) melaporkan ahli kelab golf itu tidak berpuas hati dengan larangan alkohol dan memohon dimaklumkan keputusan tersebut dalam mesyuarat agung luar biasa kelab (EGM) pada Ahad lalu.

Ancam letak jawatan

Dilaporkan padang golf itu milik kerajaan negeri, manakala rumah kelab dan kemudahan sukan lain dimiliki 1,500 ahli SIGC.

Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri secara automatik dipilih sebagai presiden dan timbalan presiden kelab. Menteri besar juga melantik setiausaha, bendahari, kapten kelab dan lima orang ahli jawatankuasa.

Semalam, FMT melaporkan Aminuddin mengancam untuk meletakkan jawatan sebagai presiden SIGC sekiranya kelab golf tersebut tidak mengutamakan sensitiviti tempatan.

“Apa pun saya tak kisah. Saya tak berada sebagai presiden SIGC pun tak ada masalah. Tak apalah, saya ikut tapi saya berhenti.

“Selain itu terdapat juga masjid berhampiran dan kedudukan saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam Negeri Sembilan (Exco Agama Islam),” katanya kepada portal itu.

Lihat Komen
ADS