Paling Popular
Terkini

Anggota Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar meletakkan jawatan dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Malaysiakini difahamkan anggota parlimen dari PKR mengemukakan peletakan jawatannya kepada Speaker Dewan Rakyat Mohd Ariff Md Yusof, pengerusi PAC Ronald Kiandee dan ketua whip Pakatan Harapan, Johari Abdul.

Peletakan jawatannya dibuat susulan ketidaksefahaman PH mengenai pemilihan kepimpinan PAC.

Gabungan itu sebelum ini berjanji agar pengerusi PAC diketuai pemimpin pembangkang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan Ronald tidak perlu meletakkan jawatan selepas menyertai Bersatu.

Manakala Wong Kah Woh dari DAP kekal sebagai timbalan pengerusi PAC.

Ini bermakna buat kali pertama sejak 2004, kedua-dua jawatan tertinggi dalam PAC dipegang oleh wakil kerajaan.

Nurul Izzah sebelum ini mengkritik langkah kerajaan menyerahkan jawatan pengerusi PAC kepada wakil kerajaan.

"Pengerusi PAC harus diisi oleh pembangkang untuk memastikan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.

"Speaker sekarang jelas memiliki niat untuk melakukan pembaharuan isntitusi - untuk memastikan Parlimen berada pada kedudukan yang sama dengan eksekutif. Akan ingatkan beliau untuk turut berbuat demikian terhadap PAC," kata anggota Parlimen Permatang Pauh itu minggu lalu.

Disember lalu, Nurul Izzah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR.

Lihat Komen
ADS