Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakar forensik: Kecederaan Adib tak konsisten dengan kesan dipukul

INKUES | Kecederaan anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di malam rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman Seafield November lalu tidak konsisten dengan kesan dipukul, kata pakar forensik.

Pakar perubatan forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata autopsi HKL terhadap Adib menunjukkan kesan cederanya kemungkinan berpunca daripada dilanggar Emergency Medical Rescue Services (EMRS) ketika ia mengundur.

Beliau menjawab soalan pegawai inkues Hamdan Hamzah berhubung kemungkinan punca kecederaan Adib yang akhirnya meragut nyawa anggota bomba berusia 24 tahun itu.

"Pada pandangan saya, corak kecederaan si mati tidak konsisten dengan akibat dipukul. Kecederaan toraks (bahagian badan yg dilingkungi tulang rusuk) bukan akibat dipukul objek tumpul seperti ditendang dan dipukul.

"Tiada kesan pada muka, abdomen, anggkta atas dan bawah badan (seperti) dipukul atau mempertahank diri (daripada dipukul)," katanya ketika memberi keterangan dalam inkues yang diadakan di Mahkamah Koroner Shah Alam, hari ini.

Hafizam, 40, berkata pandangan itu selepas beliau mengunjungi tempat kejadian untuk merangka semula rentetan peristiwa yang menyebabkan kecederaan Adib.

Beliau berkata, kesimpulannya bahawa van EMRS memainkan peranan terhadap kecederaan allahyarham disokong pemeriksaan tempat kejadian, serta keterangan pemandu van tersebut bahawa Adib tiada dalam kenderaan ketika ia mengundur dan melanggar kereta di belakang.

Hafizam berkata Adib mungkin keluar dari kenderaan itu secara tergesa-gesa ketika ia tiba-tiba mengundur, menyebabkan pintu belakang yang terbuka menghentam bahagian kiri belakang badannya.

Katanya, kesan cedera di bahagian kiri itu konsisten dengan kesan terkena pintu belakang van yang keras.

Katanya lagi, Adib mungkin tertolak akibat impak itu, menyebabkannya cedera di rusuk kanan ketika berlanggar dengan objek di didepannya.

"Saya tidak dapat memastikan sama ada dia keluar daripada (van) EMRS secara sendiri atau dibawa keluar orang lain.

"Saya juga tidak dapat menolak kemungkinan dia dihimpit antara dua benda keras (antara van EMRS dan kenderaan lain) sehingga ada bukti yang lebih kuat," katanya lagi.

Adib meninggal dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Disember lalu selepas cedera parah ketika malam rusuhan.

Hafizam akan menyambung keterangannya apabila inkues disambung minggu depan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS