Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kiandee patut letak jawatan pengerusi PAC, kata timb menteri
Diterbitkan:  Mar 23, 2019 5:15 PM
Dikemaskini: 9:15 AM

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin menggesa Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee untuk "membuat perkara yang betul" dan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Sim yang juga pemimpin PKR berkata, Kiandee, yang keluar dari Umno dan menyertai Bersatu pada awal bulan ini, sepatutnya memahami agenda reformasi PH apabila beliau menyertai gabungan pemerintah.

"Sebagai anggota parlimen crossover (bertukar parti), beliau sepatutnya memahami dan menerima manifesto PH dan agenda pembaharuan.

"Beliau juga bekas timbalan speaker, beliau faham institusi parlimen dan prinsip-prinsip di sebalik mengapa pembangkang perlu mempengerusikan PAC.

"Justeru, menjadi tanggungjawab beliau menghormati manifesto PH untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi PAC. Sila lakukan perkara yang betul, tuan," katanya dalam satu siri catatan Twitter.

MP Parit Sulong ganti Kiandee

Umno sebelum ini melantik Kiandee sebagai wakil pembangkang mempengerusikan PAC.

Selepas menyertai parti pemerintah, pembangkang mencadangkan supaya Anggota Parlimen Parit Sulong, Noraini Ahmad, yang juga Ketua Wanita Umno menggantikan Kiandee.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga pengerusi Bersatu, telah meminta supaya Kiandee kekal memegang jawatannya sebagai pengerusi PAC.

Kiandee kemudian berkata beliau akan mematuhi arahan Mahathir.

Sim, yang juga anggota parlimen Bayan Baru menegaskan manifesto PH secara khusus mengatakan jawatan pengerusi PAC perlu disandang pembangkang.

"Semasa era BN, kita tidak boleh bermimpi mempunyai seorang pembangkang mengetuai PAC.

"PAC adalah institusi penting untuk menyemak perbelanjaan kerajaan. PAC sebelum ini gagal untuk memeriksa skandal 1MDB.

"Itulah sebabnya kami memerlukan pembaharuan dalam PAC. Pengerusi pembangkang akan memastikan tiada yang disembunyikan bagi projek-projek pada masa hadapan," katanya.

Semalam, Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar meletak jawatan sebagai ahli PAC.

Hal ini dilaporkan kerana membantah jawatan pengerusi dan timbalan pengerusi PAC dipegang oleh anggota parlimen kerajaan, yang belum pernah terjadi sejak era kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS