Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lambat bayar dividen LTAT sebab masalah BN dulu - Menteri pertahanan
Diterbitkan:  Mar 30, 2019 2:46 PM
Dikemaskini: 6:46 AM

Pengumuman dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) masih belum dibuat kerana terdapat masalah pentadbiran berpunca daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, kata Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Beliau berkata ia lambat diumumkan kerana terdapat banyak akaun yang tidak menunjukkan kedudukan sebenar oleh pemerintahan kerajaan terdahulu.

“Pengumuman berkenaan juga akan mengambil masa selepas menerima beberapa teguran sebaik sahaja proses audit dibuat.

“Jadi kami perlu membuat semakan terlebih dahulu. Selain itu, kementerian saya juga antara kementerian yang disiasat di bawah Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang ,” katanya pada sidang media sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi hari ini.

Mohamad berkata ia mengambil masa kerana banyak perkara yang ditegur audit secara serius tentang keuntungan yang sebenarnya mempunya masalah.

Baru-baru ini, bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan isu kelewatan dividen dan bonus LTAT serta Lembaga Tabung Haji menerusi laman Facebook miliknya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS