Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pegawai Salahuddin direman 4 hari
Diterbitkan:  Apr 2, 2019 11:44 AM
Dikemaskini: 3:46 AM

Seorang pegawai kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub ditahan reman selama empat hari selepas didakwa menerima jam tangan mewah sebagai suapan daripada seorang pemaju.

Pembantu berusia 47 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 16 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah tahanan reman itu akan berakhir pada 5 April.

Malam tadi, Salahuddin memberi jaminan tidak akan campur tangan dalam siasatan kes itu.

"Saya berpegang teguh kepada prinsip keluhuran undang-undang dan saya yakin dan percaya SPRM akan menyiasat kes ini dengan adil dan bebas," katanya.

Terdahulu, dilaporkan SPRM menahan suspek selepas siasatan awal mendapati jam tangan berharga RM28,000 itu diberikan sebagai dorongan dari pemaju untuk mendapatkan projek di bawah bidang kuasa kementerian berkenaan.

Suspek ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk disoal siasat.

Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama, yang memperuntukkan sehingga 20 tahun penjara dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan.

Lihat Komen
ADS