Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Menteri PH bukan hanya hadapi masalah komunikasi - Hisham

Kemahiran komunikasi bukan satu-satunya masalah yang dihadapi oleh menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) seperti yang perkatakan oleh pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) Daim Zainuddin.

Menurut anggota parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, terdapat kelemahan lain dalam pentadbiran kerajaan pada masa ini.

"Tidak, bukan hanya komunikasi, (tapi) juga mengenai polisi mereka, mereka perlu memberikan kepastian, kredibiliti dan mereka mesti menjadikan pendirian mereka jelas," katanya kepada media di lobi Parlimen.

"Contohnya Kementerian Pertahanan, yang diumumkan hanyalah pakej dasar yang sudah ada dan yang mengambil masa 10 bulan (untuk dilaksanakan). Tidak ada yang baru untuk angkatan tentera.

"Lima (Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019) sebagai contoh, apa yang sebenarnya ditandatangani? Apa masa depan industri ini? Tidak ada yang baru yang saya lihat," kata bekas menteri pertahanan itu.

Dalam temu bual dengan The Star dua hari lalu, Daim berkata orang ramai tidak gembira dengan PH apabila menterinya tidak memberikan penjelasan yang mencukupi untuk menerangkan dasar kerajaan baru.

Daim berkata menteri PH gagal dari segi komunikasi dan bergantung kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad untuk memberikan penerangan kepada orang ramai.

Hishammuddin berkata menteri-menteri PH juga sering membuat kenyataan bercanggah dan tiada koordinasi antara mereka menyebabkan rakyat menjadi keliru.

Tambah beliau, pelabur asing juga akan berfikir dua kali sebelum melabur di negara ini.

Selain itu katanya, pertelingkahan dan politik dalaman juga merupakan kelemahan yang perlu ditangani oleh parti pemerintah itu.

Tanpa menamakan sesiapa, beliau berkata terdapat pemimpin dalam PH menggelarkan Mahathir sebagai 'diktator'.

Mengulas mengenai perkara itu, beliau percaya anggota parlimen BN akan menyokong Mahathir sekiranya terdapat percubaan untuk menggulingkan Perdana Menteri itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS