Bumiputra-Commerce jawab kenyataan Southern Bank
Bumiputra-Commerce Holdings Bhd (BCHB) hari ini mengulangi kenyataan bahawa ia telah membuat satu "tawaran yang berasas dan berwibawa" kepada Southern Bank Bhd (SBB) dan pemegang-pemegang sahamnya.
Bumiputra-Commerce Holdings Bhd (BCHB) hari ini mengulangi kenyataan bahawa ia telah membuat satu "tawaran yang berasas dan berwibawa" kepada Southern Bank Bhd (SBB) dan pemegang-pemegang sahamnya.
Dalam kenyataan balas kepada beberapa kenyataan SBB yang cadangan tawaran am sukarela (VGO) bersyarat bagi saham-saham SBB tidak mematuhi Kod mengenai Pengambilalihan dan Penggabungan Malaysia, 1998, BCHB berkata ia menyambut baik keputusan SBB untuk mendapatkan keputusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Di dalam satu kenyataan, BCHB berkata ia percaya bahawa perkara-perkara seumpama itu adalah terbaik diselesaikan oleh pihak pengawal seliaan.
SBB kelmarin mengumumkan ia akan mendapatkan keputusan daripada SC yang notis VGO itu adalah "tidak berkesan" dan bahawa bank itu perlu memberitahu pemegang-pemegang saham mengenai VGO pada peringkat ini.
Menurut laporan Bernama, BCHB Isnin membuat tawaran untuk membeli aset-aset SBB dan cadangan VGO bersyarat bagi saham SBB. Jika selesai, janji niaga itu akan berharga sehingga RM6.3 bilion.
"Kami yakin sepenuhnya bahawa satu notis sah tawaran pengambilalihan telah dibuat dan bahawa Lembaga SBB mestilah bertindak ke atas ini bagi kepentingan para pemegang sahamnya," kata BCHB.
Ia juga berkata bahawa lembaga SBB tidak sepatutnya memutuskan secara sebelah pihak (unilateral) untuk menafikan para pemegang saham peluang untuk menimbangkan faedah daripada tawaran itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.