Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
TMJ: Bohong kalau kata Johor tahu projek STS
Diterbitkan:  Apr 2, 2019 7:09 PM
Dikemaskini: 11:11 AM

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda, Sultan Johor dan menteri besar tidak tahu menahu berkaitan projek hab pemindahan kapal ke kapal (STS) di negeri itu.

“Kerajaan negeri termasuk Pejabat Tanah dan Galian juga tidak maklum berkenaan projek ini. 

“Sesiapa yang mengatakan Johor maklum mengenai projek ini adalah satu pembohongan,” titahnya.

Kenyataan itu berbeza sama sekali dengan kenyataan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkaitan projek itu.

Mahathir hari ini menolak dakwaan bahawa ia dibuat secara rahsia dan sudah menjadi pengetahuan umum.

Mahathir juga berkata beliau hairan ketika ada pemberita yang mendakwa padanya bahawa Tunku Ismail tidak tahu menahu berkaitan projek itu.

 Dalam kenyataan di Facebook hari ini, TMJ menegaskan apa sahaja yang berada dalam jarak tiga batu nautika di perairan Johor, terutama sekali perkara berkenaan tanah dan air, adalah hak mutlak negeri. 

“Adakah Putrajaya cuba untuk mengambil alih kuasa negeri?” titah baginda.

Baginda menyifatkan apa yang berlaku sebagai tidak mengikut perlembagaan.

TMJ semalam berkongsi tulisan daripada sebuah Facebook, Gerakan Muafakat Johor.

Facebook itu mendakwa projek STS Johor memanfaatkan kroni sesetengah permintaan serta mendakwa Putrajaya tidak memaklumkan perkara itu kepada kerajaan negeri.

Sementara itu, baginda juga berkata tindakan kerajaan dalam isu ratifikasi Statut Rom juga menyalahi perlembagaan.

“Kerajaan telah menandatangani instrumen ini tanpa mendapat perkenan Majlis Raja-Raja,” titah baginda lagi.

Lihat Komen
ADS