Tian: Terlalu awal untuk Ezam tinggalkan politik
Terjemahan Adalah masih terlalu awal bagi Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Ezam Mohd Nor untuk meninggalkan arena politik, kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.
Terjemahan Adalah masih terlalu awal bagi Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Ezam Mohd Nor untuk meninggalkan arena politik, kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.
Katanya, walaupun Ezam secara terbuka menyatakan beliau tidak mahu bertanding jawatan lebih tinggi dalam parti, tetapi ianya terpulang kepada ahli akar umbi untuk memutuskan sama ada mahu mencalonkan beliau.
Walaupun Ezam memutuskan untuk melepaskan jawatannya dan kekal sebagai ahli biasa parti, untuk menumpukan kepada Gerak, namun Tian berkata, beliau (Ezam) boleh terus memainkan peranan aktif dalam isu-isu politik.
"Gerak merupakan satu badan yang akan menumpukan kepada pembasmian rasuah dan (mewujudkan) kerajaan yang berakauntabiliti. Maka beliau masih terbabit dalam politik [...] jadi adalah tidak tepat untuk mengatakan beliau meninggal poliitk," tambahnya.
Had umur
Mohd Ezam, 39, merupakan antara pengasas penubuhan parti Keadilan ketika kemuncak gerakan reformasi pada 1999. Parti itu kemudiannya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) menjadi PKR.
Mohd Ezam adalah bekas setiausaha politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau, Tian dan beberapa lagi pemimpin parti itu pernah ditahan di bawah Akta Keselamatn Dalam Negeri (ISA).
Sejak kebelakangan ini, timbul spekulasi hangat bahawa Anwar dan Ezam akan kembali menyertai Umno, tetapi mereka menafikannya.
Sementara itu, Tian menjelaskan, memandang had umur Pemuda adalah 40 tahun, maka sudah tentulah Mohd Ezam tidak boleh lagi bertanding jawatan tersebut kerana usianya akan melebih had tersebut pada penghubung 2007.
Tetap teguh
Mengulas lanjut, Tian berkata, parti itu akan tetapi teguh walaupun sekiranya Ketua Pemudanya itu tidak mahu lagi kembali aktif dalam politik.
Mengenai kenyataan Mohd Ezam bahawa salah satu sebab beliau mengambil keputusan tersebut ialah kerana sekatan terhadap parti-parti politik di negara ini, Tian berkata, ianya memang dapat difahami.
"Memang ada sekatan dan kekecewaan apabila ia membabitkan usaha untuk mempengaruhi keputusan dan dasar-dasar kerajaan. Seperti saya, ada orang NGO yang akan menyertai parti politik dan sebaliknya. Kami perlu menggunakan kedua-dua saluran itu untuk mencapai matlamat membawa pembaharuan," katanya.
Mohd Ezam mendedahkan keputusannya untuk meninggalkan politik dalam wawancara eksklusif dengan malaysiakini. Berita asal

