'Saya masih Datuk Seri'
Ahli perniagaan, G Gnanaraja menafikan pangkat Datuk Serinya dilucutkan seperti yang tersebar baru-baru ini.
“Masih Datuk Seri. Itu (pelucutan) hanya khabar angin,” katanya kepada Malaysiakini pagi ini.
Baru-baru ini, tersebar satu gambar memaparkan surat bertarikh 13 Mac yang dikatakan daripada kerajaan negeri Pahang.
Surat itu menyatakan darjah kebesaran Datuk Seri Gnanaraja dibatalkan.
Kesahihan surat itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan.
Gnanaraja sebelum ini menerangkan dirinya di laman web beliau sebagai pelakon Malaysia, pengeluar filem, usahawan dan pembicara awam, selain mempunyai beberapa kepentingan perniagaan.
Isterinya, Geethanjali adalah personaliti media sosial yang terkenal di kalangan komuniti berbahasa Tamil.
Gnanaraja dilihat di Mahkamah Sesyen Shah Alam awal pagi ini.

