Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘White spremacist’ NZ bakal berdepan 50 pertuduhan membunuh
Diterbitkan:  Apr 4, 2019 4:09 PM
Dikemaskini: 8:09 AM

GLOBAL l Seorang lelaki yang didakwa melancarkan serangan pengganas ke atas dua buah masjid di New Zealand bakal berdepan 50 pertuduhan membunuh dan 39 pertuduhan cubaan membunuh, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik kenyataan polis tempatan pada awal Khamis.

Dia akan dibawa ke Mahkamah Tinggi di Christchurch pada Jumaat, kata anggota polis itu menerusi akaun Twitter.

"Pertuduhan lain masih dipertimbang. Memandangkan kes itu kini ke mahkamah, polis tidak dapat mengulas lanjut," katanya.

Sekurang-kurangnya 50 penganut agama Islam dibunuh manakala ramai lagi cedera dalam serangan pengganas oleh seorang rakyat kelahiran Australia, yang mengagungkan doktrin "white supremacist" atau keunggulan bangsa kulit putih, ke atas dua buah masjid di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS