Meluncur ombak di Gold Coast, membeli belah di Paddys flea, Australia?
Terjemahan Meluncur ombak di Gold Coast, Australia, melawat teman tema, membeli-belah di pasar termasyhur di dunia dan menyaksikan pameran bunga, atas nama lawatan sambil belajar.
Terjemahan Meluncur ombak di Gold Coast, Australia, melawat teman tema, membeli-belah di pasar termasyhur di dunia dan menyaksikan pameran bunga, atas nama lawatan sambil belajar.
Jika jawapannya 'iya', maka marilah kita ke Johor. Mengapa?
Kerana negeri tersebut menganjurkan lawatan sambil belajar seumpama itu berikutan tersebarnya berita mengenai lawatan pegawai-pegawainya ke Australia tahun lalu.
Mengikut aturcara yang dipercayai untuk program lawatan tersebut, kumpulan berkenaan berlepas ke Sydney pada 21 September tahun lalu dan dikatakan melawat tempat-tempat tarikan pelancong seperti Sydney Opera House, Taman Cockington di Canberra, Sungai Brisbane dan syurga luncur ombak di Gold Coast.
Rombongan itu juga melawat pameran bunga 'Sydney in Bloom' dan the 'Floriade' di Canberra sepanjang tempoh lawatan selama lapan hari itu ke negara itu.
Di samping itu, mereka juga dikatakan membeli-belah di pasar cenderamata yang termasyhur di seluruh dunia Paddy's Flea di Sydney serta tempat jualan gudang Birkenhead.
Pada 26 September mengikut aturcaranya para pegawai berkenaan dijadualkan melawat dua taman tema terbesar Movieworld dan Dreamworld kedua-duanya di Gold Coast.
MB janji siasat
Apabila berita mengenai aturcara lawatan tersebut tersebar, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, berjanjikan akan menyiasat sendiri perkara itu bagi mengetahui sama ada berlaku sebarang penyelewengan sewaktu lawatan tersebut diadakan.
"Saya percaya mereka menghadiri festiva bunga," katanya menurut satu laporan Rabu lalu.
Ketika mengalu-alukan kesediaan Abdul Ghani menyiasat lawatan tersebut, Naib Presiden DAP negeri, Norman Fernandez berharap siasatan itu akan dijalankan segera dan hasilkan diumumkan.
"Rakyat berhak untuk tahu sama ada lawatan itu benar-benar dilakukan. Jika terbukti ada, kerajaan negeri mesti memberitahukita butir terperinci dan hasil lawatan tersebut.
"Kita mahu tahu jika wang rakyat digunakan dan bagaimana aturcara melawat pantai dan melihat pameran bunga, boleh memberi faedah kepada rakyat," katanya ketika dihubungi.
Parti pembangkang itu juga telah menghantar sepucuk surat kepada menteri besar Johor itu menuntut penjelasan daripadanya.
Jika ianya tidak dijawab, maka isu tersebut akan dibangkitkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri oleh wakil rakyat tunggal dari pembangkang, Dr Mohd Ramli Mohd Karim.
Lawatan ke Australia itu merupakan kontroversi terbaru lawatan sambil belajar ke luar negeri yang membabitkan aturcara termasuk menyaksikan tarian gelek di Mesir, bermain golf di Afrika Selatan dan memancing di Mauritius. Berita asal


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.