Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

PRK RANTAU | Pemangku Presiden Umno Mohamad Hasan perlu meluangkan lebih masa untuk membaca surat khabar dan menonton televisyen supaya dapat mengikuti perkembangan isu-isu terkini negara, nasihat Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh.

Beliau yang juga menteri komunikasi dan multimedia berkata demikian susulan kenyataan Mohamad yang mendakwa kerajaan PH sengaja memfitnah bekas perdana menteri Najib Razak mengaitkannya dengan penyelewengan dana RM2.6 bilion.

"Saya minta Tok Mat supaya pergi buka surat khabar dan baca, tengok TV dan kamu boleh pergi ke mahkamah menyaksikan kes perbicaraan di mana kita beri peluang kepada saksi-saksi memberi keterangan di sana."

"Dia tak tahu kah, kita sudah charged (dakwa) bawa Najib ke mahkamah," tegas MP Puchong ketika berucap di hadapan 400 hadirian pada majlis ceramah umum di Taman Pasir Mas, Pekan Rantau.

Pada masa yang sama, Gobind turut menjangkakan kes ini akan mengambil masa.

"Kalau kes ke mahkamah bukan kerja sehari sebab ia kes besar. Saya sebagai peguam berpengalaman 20 tahun kes ini mengambil masa nanti," jelasnya.

Pemimpin PH yang turut hadir ialah Anggota Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang, Exco Negeri Sembilan, J Arul Kumar, Nicole Tan Lee Koon, Teo Kok Seong dan S Veerapan.

Kasihan Najib

Terdahulu, Mohamad yang juga calon BN PRK DUN Rantau mempertikaikan kerajaan PH yang masih tidak menyelesaikan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib, selepas 10 bulan mengambil alih kerajaan.

"Semua ini ketika kamu mengatakan kamu telah menyiapkan tuduhan untuk Najib. (Jadi) apa yang begitu lama?

"Ini bermakna kamu mengatakan kertas pertuduhan semua telah disediakan. Itu temberang saja. Sekarang kes 1MDB pun mereka tak dapat nak selesaikan.

"Kasihan Najib, keluar masuk hari-hari, 40, 50 charges (pertuduhan)," kata Mohamad kepada pemberita di Rantau semalam.

Sementara itu, Kit Siang menyeru pengundi Rantau untuk memenangkan calon PH bagi menghantar isyarat mereka menyokong Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kelapan.

"Saya nak PRK ini perlu digunakan oleh pengundi Rantau untuk memberi isyarat bahawa mereka nak PM akan datang dari Negeri Sembilan," katanya.

PRK ini juga katanya penting bagi pengundi Rantau untuk memberitahu negara dan pembangkang bahawa mereka masih menentang rasuah.

PRK Rantau yang akan diadakan pada 13 April ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Barisan Nasional, Mohamad Hasan, calon Pakatan Harapan, Dr S Streram dan dua calon bebas iaitu bekas pensyarah Mohd Nor dan suri rumah R Malarvizhi.

Ia berikutan Mahkamah Persekutuan menolak petisyen yang difailkan Mohamad yang juga penanam DUN Rantau untuk mengetepikan keputusan Pilihanraya Mahkamah Seremban pada 16 Nov tahun lalu, yang mengumumkan kemenangannya bagi kerusi itu pada 14 Mei lalu dan tidak sah.

 

Lihat Komen
ADS