DAP serah memo pada Proton mengenai jualan MV Agusta
DAP menyerahkan satu memorandum kepada Proton Holdings Bhd hari ini, yang mengandungi 20 soalan terutamanya berkaitan penjualan MV Agusta pada harga satu euro.
DAP menyerahkan satu memorandum kepada Proton Holdings Bhd hari ini, yang mengandungi 20 soalan terutamanya berkaitan penjualan MV Agusta pada harga satu euro.
Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kepada Ketua Perhubungan Korporat Kumpulan Proton, Yusri Yusuf di ibu pejabat Proton di Shah Alam.
Selain mengenai penjualan MV Agusta, ia juga merangkumi soal keengganan Volkswagen untuk mengadakan pakatan strategik dengan Proton dan kerjasama Proton dengan Mitsubishi Motor.
Lim berkata, pengeluar kereta nasional itu perlu bertanggungjawab menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh 26 juta rakyat Malaysia secepat mungkin.
Tanggungjawab sedemikian bukan hanya penjelasan kepada rakyat Malaysia yang juga pemegang saham Proton tetapi juga ketelusan dan akauntabiliti bagi memastikan prestasi pengurusan yang optimum, katanya.
"Sekiranya mereka terus berdiam diri, orang ramai mungkin menyangka ada sesuatu yang disembunyikan," kata Lim semasa ditemui selepas penyerahan memorandum itu.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.