Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lepas beli kapal Equanimity, saham Genting Bhd diniaga aktif
Diterbitkan:  Apr 5, 2019 11:25 AM
Dikemaskini: 3:25 AM

Saham Genting Bhd diniagakan secara aktif dalam aliran turun naik pagi ini selepas syarikat itu membeli kapal “Equanimity” dengan harga AS$126 juta (AS$1=RM4.08) dua hari lepas.

RHB Research berkata kapal mewah itu dapat menarik lebih ramai pelanggan VIP dalam perniagaan perjudian dan percutian Genting.

“Pembelian itu akan membolehkan syarikat tersebut membezakannya daripada pesaing dengan kelebihan yang unik bagi unit perjudiannya.

“Kami berpendapat kos penyelenggaraan kapal itu dan operasi pelayaran akan dapat diurus, dan boleh menjadi lebih rendah daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan (RM5-6 juta setiap suku tahun) – berdasarkan kepakaran Genting dalam operasi pelayaran mewah,” katanya dalam nota hari ini.

RHB mengekalkan saranan “beli” ke atas syarikat tersebut dengan harga sasaran baharu pada RM8.31 daripada RM8.79.

Semakan semula itu berdasarkan laporannya mengenai pembelian Equanimity oleh Genting Malaysia, pelan pembangunan semula Genting Singapore bagi Resorts World Sentosa (RWS) dan kenaikan cukai perjudian.

Ini akan memberi impak yang minimum kepada Genting, berdasarkan pendapatan dan asas asetnya yang pelbagai, katanya.

Pada 10.18 pagi, saham Genting Bhd susut satu sen kepada RM6.79 dengan 364,400 saham diniagakan.

Genting Malaysia merosot tujuh sen kepada RM3.18 dengan 1.25 juta saham diniagakan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS