Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SRC: Mahkamah putuskan 3 permohonan Najib minggu depan

Mahkamah Persekutuan akan menyampaikan keputusannya terhadap empat permohonan yang difail bekas perdana menteri Najib Razak dalam kes berkaitan SRC International, Rabu ini.

Panel tujuh hakim diketuai Ketua Hakim Negara Richard Malanjum mendengar hujah pihak pendakwa dan pembela berkenaan rayuan itu semalam dan hari ini.

Selepeas penghujahan selesai, Malanjum berkata panel hakim akan menyampaikan keputusannya pada pukul sebelas pagi 10 April ini.

Sebelum ini, Mahkamah Rayuan menolak tiga permohonan itu dan hanya membenarkan permohonan agar Pejabat Peguam Negara (AGC) menunjukkan surat lantikan pendakwa Sulaiman Abdullah.

Mahkamah Rayuan memberi masa tiga hari kepada AGC untuk memnunjukkan surat itu dan AGC juga tidak meminta penangguhan sementara menunggu rayuannya di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Ketua pasukan peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah turut memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan berkenaan keputusan Mahkamah Rayuan menolak tiga permohonan itu.

Semalam, Mahkamah Persekutuan diberitahu surat pelantikan Sulaiman telah diberi kepada pihak pembela tetapi AGC berhasrat meneruskan rayuan mereka atas dasar prinsip.

Permohonan kedua untuk mahkamah mengeluarkan arahan melarang perbicaraan itu dibincang di media.

Permohonan ketiga berkenaan sama ada peguam negara mempunyai hak perlembagaan untuk menarik balik sijil kebenaran untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Permohonan terakhir berkenaan sama ada tertuduh berhak mendapat semua keterangan saksi atau dokumen yang diperolehi sepanjang siasatan, sebagai persediaan pembelaannya.

Setakat 8 Feb, Najib telah dihadapkan di mahkamah sebanyak enam kali dengan 42 pertuduhan jenayah. Bekas presiden Umno dan pengerusi BN itu mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan.

Perbicaraan berkaitan SRC International bermula dua hari lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan dijadual diteruskan pada 15 April ini.

Lihat Komen
ADS