Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Hibah Tabung Haji 1.25%, paling rendah dalam sejarah
Diterbitkan:  Apr 5, 2019 4:09 PM
Dikemaskini: 10:35 AM

Kerajaan mengumumkan Lembaga Tabung Haji (TH) memberi hibah sebanyak 1.25 peratus membabitkan agihan sebanyak RM913 juta untuk 2018.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof pada majlis taklimat prestasi TH di Putrajaya, petang ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Zukri Samat.

Tahun lalu, TH mengumumkan hibah 4.5 peratus kepada pendeposit, dan tambahan hibah haji 1.75 peratus untuk penyimpan yang belum menunaikan haji bagi 2017.

Menjelaskan hal itu Mujahid berkata pelan penstrukturan yang dilaksanakan kerajaan membuktikan kesungguhan mereka menyelamatkan TH demi menjaga kepentingan 9.3 juta pendeposit agensi tersebut.

"Kerajaan terus komited dalam memastikan ketelusan dalam operasi dan kedudukan kewangan TH pada masa depan," kata Mujahid.

Sementara itu, Mujahid berkata TH berjaya melaksanakan penstrukturan semula kedudukan kewangannya dengan sokongan penuh kerajaan.

Katanya TH telah mencatat lebihan aset sebanyak RM1.0 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Sementara itu, Zukri yang mengesahkan kadar hibah kali ini adalah agihan terendah dalam sejarah setakat berkata pembayaran hibah telah mengambil kira pembayaran zakat sebanyak RM85.5.

Katanya ia akan dibayar terus kepada semua pusat pungutan zakat negeri-negeri di seluruh negara.

"Pendeposit boleh menyemak pengkreditan hibah tahunan TH 2018 bermula 8 April ini," katanya.

Lihat Komen
ADS