Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Streram nafi eksploitasi kanak-kanak untuk kempen

PRK RANTAU | Calon Pakatan Harapan Dr S Streram menafikan Pakatan Harapan PH mempergunakan kanak-kanak untuk kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau.

Mendakwa BN “kehilangan modal”, Streram menjelaskan bahawa program pertandingan itu anjuran sebuah NGO tempatan menggunakan pentas ceramah Pakatan Harapan kerana tiada kemudahan untuk majlis penyampaian hadiah.

"Sebenarnya, saya masih melihat gambar yang ditularkan oleh pihak pembangkang. Tapi, itu satu persepsi sahaja. Tidak ada kena mengena dengan kempen PH," katanya kepada pemberita di Pekan Rantau hari ini.

Tambah, Streram yang turut menampil dalam acara itu bahawa tiada isu eksploitasi kanak-kanak.

"Kita (PH) tak ada ekploitasi kanak-kanak. Saya diundang ke masjlis tersebut. Saya pun ke sana kerana nak bagi sokongan moral kepada kanak-kanak ini. Mana ada kita eksploitasi kanak-kanak? Kita selalu hormat dan membela kanak-kanak," jelas beliau.

 

Terdahulu, pemimpin utama BN mendakwa PH menggunakan kanak-kanak dalam kempen pilihan raya gabungan itu.

Aktivis Badrul Hisham Shaharin, yang juga dikenali sebagai Chegubard, hari ini menyoroti penggunaan kanak-kanak pada acara yang turut menampilkan calon PH Dr S Streram.

Majlis itu dikatakan berlangsung pada hari Rabu lalu.

Gambar yang dikongsi Badrul menunjukkan sekumpulan kanak-kanak di atas pentas bergerak bersama-sama Streram. Kanak-kanak berkenaan memegang kotak pensel warna.

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata beliau kesal melihat perkara ini berlaku.

Calon BN, Mohamad Hasan pada sidang akhbarnya menyentuh isu yang sama berkata hal ini merupakan eksploitasi kanak-kanak, dan berharap Suruhanjaya Pilihan Raya akan meneliti isu berkenaan.

Bekas perdana menteri Najib Razak pada hantaran di Facebook pula menyelar tindakan tersebut, berkata ia tidak beretika dan melanggar undang-undang.

Dalam satu perkembangan lain, Streram menyatakan beliau membiarkan pihak polis menyiasat laporan polis calon bebas R Malarvizhi.

Laporan itu berkaitan tindakan anggota parlimen PH Miri Dr Michael Teo yang mengedarkan kupon makanan kepada kanak-kanak miskin di lima buah sekolah di Rantau.

"Seperti saya kata sebelum ini, kupon ini diberikan sebelum penamaan calon, jadi apa yang saya fahami bahawa ia tidak melanggar peraturan SPR.

"Namun, saya serahkan kepada pihak polis untuk siasat," katanya.

Ujarnya, calon bebas mempunyai untuk melakukan apa sahaja yang dirasakan bernas.

Sementara itu, Streram turut mendakwa Malarvizhi cuba membuat kecoh di majlis sambutan ulang tahun 20 PKR yang diadakan di Dataran Rantau, semalam.

"Saya tidak faham kenapa beliau ingin memberikan manifesto kepada Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

"Yang pertama, Datuk Seri Anwar bukan pengundi Rantau. Jadi, tiada sebab untuknya memberikan manifesto kepada presiden PKR itu. Kedua, saya percaya Datuk Seri Anwar tidak akan berkempen untuk calon bebas itu," kata Streram secara berseloroh.

Streram yang menghadapi pertandingan empat penjuru di PRK Rantau yang diadakan pada 13 April memberitahu bahawa calon bebas sepatutnya menjelaskan mannifestonya kepada pengundi Rantau, bukannya di program PKR.

Untuk rekod, Malarvizhi seorang bekas pengacara radio di Kanada muncul secara mengejut di majlis PKR dalam usaha menyerahkan manifesto kepada Anwar Ibrahim.

Namun, hajat Malarvizhi, 51 tidak kesampaian apabila dia ditahan anggota polis dan petugas PKR daripada memasuki majlis tersebut.

Lihat Komen
ADS