J/kuasa di JPM yang bertanggungjawab mengenai AP
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan bahawa jawatankuasa yang ditubuhkan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dipengerusikan oleh timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, bertanggung jawab sepenuhnya dalam menimbang dan menentukan dasar-dasar berkaitan permit import (AP) kenderaan.

Beliau berkata ia juga memainkan peranan dalam menangani masalah yang timbul dalam soal pelaksanaan perkara-perkara berkaitan AP.
"Ini termasuk bila berlaku masalah yang ada hubung kait dengan peranan agensi lain seperti Jabatan Kastam dan Kementerian Pengangkutan," katanya kepada Bernama malam tadi.
"Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berperanan sebagai sekretariat dalam soal pelaksanaan apa juga dasar dan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa tersebut," terang Abdullah lagi.
Cetus kontroversi
Menurut laporan Bernama, Perdana Menteri berkata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Rafidah Aziz turut menganggotai jawatankuasa itu.
Laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari Jumaat mendakwa Rafidah berkata di satu majlis di Kuala Lumpur yang beliau masih bertanggungjawab mengenai AP dan jawatankuasa itu hanya akan berperanan apabila timbul sebarang masalah.
Dalam rombakan kabinet yang diumumkan Selasa lepas, Rafidah kekal menerajui kementerian itu dengan Abdullah menyatakan bahawa khidmat menteri itu masih lagi diperlukan.
Isu AP mencetuskan kontroversi tahun lepas selepas sesetengah pihak mempertikaikan kaedah pelaksanaan pemberiannya.
1.