Guru cedera parah diserang, disyaki culik isteri orang
Seorang guru cedera parah diserang sekumpulan lelaki gara-gara salah seorang penyerang itu mengesyaki beliau menculik isterinya.
Seorang guru cedera parah diserang sekumpulan lelaki gara-gara salah seorang penyerang itu mengesyaki beliau menculik isterinya.
Akibat kejadian itu, Che Bongsu Mat Daud, 42, patah tangan kiri, mengalami keretakan tulang di bahagian pinggang dan lebam-lebam di muka dan badannya.
Che Bongsu kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan dan akan menjalani pembedahan untuk memasukkan besi pada tangannya.
"Selepas dipukul di sebuah rumah tumpangan di sini pukul 2.15 pagi, saya dibawa menaiki sebuah kereta yang diikuti dua kereta lain dan dipukul sekali lagi apabila tiba di hadapan Sekolah Kebangsaan Long Ghaffar di Pasir Tumbuh jam 3 pagi kelmari.
"Mereka mendakwa saya menyembunyikan isterinya di sekolah itu", katanya kepada pemberita di HUSM semalam.
Katanya, beliau pergi ke rumah tumpangan itu selepas menerima panggilan dari suspek terbabit untuk berbincang sesuatu perkara.
Enggan terima laporan?
Menurut laporan Bernama, guru itu mendakwa, semasa berada di hadapan sekolah itu, beliau mendakwa suspek terbabit juga memaki hamun dan menuduh beliau menyembunyikan isterinya sambil mengacukan pisau di lehernya.
Bagaimanapun, 10 minit kemudian sebuah kereta peronda datang ke situ, berikutan aduan polis yang dibuat isteri mangsa sebelum beliau dibawa ke Balai Polis Kubang Kerian.
Che Bongsu mendakwa semasa dibawa ke Balai Polis Kubang Kerian, polis di situ enggan menerima laporan beliau dipukul sebaliknya menerima aduan lelaki terbabit atas dakwaan menculik isterinya.
Mangsa dibawa ke HUSM pada pukul 6 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Ahmad Lotfi Khalid ketika dihubungi menafikan dakwaan Che Bongsu bahawa polis Kubang Kerian enggan menerima aduannya kerana pada masa itu mangsa berada dalam keadaan separuh sedar.
Katanya polis kini sedang menyiasat aduan isteri mangsa mengenai kejadian itu pada pukul 12 tengah hari semalam manakala aduan mangsa pada pukul 1 tengah hari ini.
Ahmad Lotfi berkata polis percaya kes itu berkaitan masalah peribadi kerana kedua-dua mereka saling mengenali.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.