Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tok Mat: Kain rentang 'jangan undi Keling' bukan kerja BN

PRK RANTAU | Kain rentang muncul menggesa para pengundi supaya jangan memilih seorang "Keling."

Kain rentang itu mengandungi imej calon PH Dr S Streram, yang turut memaparkan kotak dengan pangkah pada logo BN.

Calon BN Mohamad Hasan menafikan ini kerja partinya mendakwa ia taktik psikologi songsang (reversed) oleh PKR.

Kain rentang itu dikatakan diletak di tiga tempat, mengandungi tulisan yang menggabungkan dialek Negeri Sembilan dan Minangkabau.

Ia berbunyi: "Jangan undi Keling. Ini tanah adat tanah kita. Jangan bagi dia kuasa. Mari bangkit Melayu Negeri. Buktikan kita anak jati Rantau."

PH telah membuat laporan polis mengenai kain rentang tersebut.

Pada sidang akhbar, Mohamad berkata kain rentang itu merupakan provokasi sendiri dengan niat memburukkan BN.

"Ini provokasi yang mereka sendiri buat. Cara dia buat perang psikologi," katanya.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan berkata tidak masuk akal untuknya meraih undi Melayu dengan cara begitu dengan menjauhkan pengundi India.

Menurut pemangku presiden Umno itu, beliau yakin mendapat sokongan "90 peratus" undi Melayu dan sedang bekerja keras bagi memenangi hati pengundi India.

"Bodohlah kalau saya buat ini," katanya.

Mohamad juga merasa pelik dengan penggunaan dialek Minangkabau dalam kain rentang berkenaan kerana katanya rata-rata penduduk Melayu di Rantau berketurunan Bugis.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS