Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tok Mat sambut baik laluan baru ECRL rentas N Sembilan
Diterbitkan:  Apr 6, 2019 2:47 PM
Dikemaskini: 6:47 AM

PRK RANTAU | Pemangku presiden Umno Mohamad Hasan menyambut baik rancangan mengubah suai laluan Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) supaya melalui Negeri Sembilan.

Bekas menteri besar itu berkata hal tersebut masuk akal dan bagus untuk Negeri Sembilan.

"Apa-apa yang baik untuk negara, untuk rakyat, kenapa tidak, saya akan sokong," kata Mohamad pada sidang akhbar di Rantau hari ini.

Malam tadi Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan ada "berita sangat baik" untuk Negeri Sembilan berhubung pembinaan ECRL.

Kata Lim jika rundingan Putrajaya dan Beijing membuahkan hasil jajaran laluan ECRL itu akan diubah suai dan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan.

Mengulas hal ini, Mohamad berkata ia munasabah memandangkan sebahagian besar kos projek datang daripada pengambilalian tanah.

Katanya, tanah di Seremban berharga RM40 sekaki persegi berbanding RM700 sekaki persegi di Kuala Lumpur.

"Jadi kalau dia nak reroute (ubah suai laluan) dari Pahang masuk Negeri Sembilan naik Port Kllang balik. Memang munasabah.

"Jadi di situ dapat kurangkan jumlah kos," kata Mohamad.

Bagaimanapun, calon BN PRK Rantau berkata kerajaan perlu memastikan projek itu memberi manfaat kepada rakyat di negeri itu dengan membina stesen di sana.

Ketika ditanya jika, kenyataan Lim untuk mengubah suai laluan ECRL itu sebagai kesalahan pilihan raya, Mohamad berkata ia mungkin menjadi suatu kesalahan dan menggesa SPR untuk meneliti hal ini.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS