Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Speaker DUN ungkit dakwaan skandal Tok Mat pindah RM10j

PRK RANTAU | Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar mengungkit skandal RM10juta lebih sedekad lalu yang didakwa melibatkan calon BN Mohamad Hasan.

Bercakap pada majlis ceramah di Taman Kelab Tunku malam tadi, Zulkefly mempersoalkan kenapa SPRM masih belum mengambil tindakan terhadap Mohamad mengenai dakwaan kes pemindahan duit membabitkan pengurup wang.

"Siapa kata dia orang bersih?

"Saya buat laporan polis, dan saya juga buat laporan SPRM kerana Mohamad Hasan masa itu bawa duit guna money changer, pengurup wang.

"Tapi sampai sekarang tak kena tahan. Nanti saya akan jumpa SPRM (tanya) kenapa tak tangkap dia?" Soalnya.

Zulkefly merujuk kes pada 2008 yang mana Mohamad didakwa melanggar undang-undang perbankan dengan memindahkan RM10 juta ke London melalui pengurup wang.

Walau bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara di bawah pemerintahan BN tidak mengambil tindakan terhadap Mohamad.

"AGC telah meneliti butiran penyiasatan itu. RM10 juta itu bukan hasil rasuah,"

"AGC berpendapat lebih sesuai tindakan diambil terhadap pengurup wang itu," jelas menteri undang-undang ketika itu, Nancy Shukri dipetik Malay Mail berkata dalam jawapan parlimen 2013.

Pada masa lalu, Mohamad telah menafikan sebarang salah laku dalam perkara itu.

Kes tersebut pertama kali disorot apabila Bank Negara melancarkan siasatan terhadap pengurup wang yang beroperasi secara tidak sah pada tahun 2009.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS