Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Jajaran ECRL akan diubah - Loke
Diterbitkan:  Apr 7, 2019 10:20 AM
Dikemaskini: 2:20 AM

Jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disahkan akan diubah dengan memberi manfaat kepada Negeri Sembilan sekiranya ia diteruskan selepas rundingan diadakan dengan kerajaan China, hujung bulan ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook yang mengesahkan perkara berkenaan berkata keputusan ini dijangka dicapai dalam lawatan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ke republik itu yang antara lain akan membincangkan untuk mengurangkan kos pembinaan projek mega berkenaan.

"Saya sebagai Menteri Pengangkutan saya boleh sahkan apa dikatakan Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kelmarin) memang betul projek ECRL sedang dirunding dan akan ada keputusan dalam beberapa minggu ini sebab Dr Mahathir akan pergi ke China akhir bulan ini.

"Kalau berjaya confirm Negeri Sembilan akan dapat tempias kerana kita nak fokus pembangunan," katanya dalam sesi ceramah Pakatan Harapan pada kempen Pilihan Raya (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, di Seremban, malam tadi.

Semalam, Lim dalam ceramahnya pada kempen PRK DUN Rantau antara lain memberi bayangan projek berkenaan akan diteruskan sekiranya kos pembinaannya dapat dikurangkan sehingga RM35 bilion daripada kos asal RM66 bilion.

Beliau turut memberi bayangan bahawa jajaran sistem rel berkenaan akan berubah dan akan membawa manfaat untuk Negeri Sembilan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS