Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TH: Tiada lagi haji ke-2, elak tunggu giliran 100 tahun
Diterbitkan:  Apr 7, 2019 10:40 AM
Dikemaskini: 2:40 AM

Tabung Haji (TH) menetapkan pendeposit yang sudah menunaikan haji tidak lagi dibenar mendaftar semula bagi mengerjakan ibadah itu buat kali kedua.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan TH, D Zukri Samat berkata keputusan itu diambil bagi mengelakkan jemaah kali pertama terpaksa menunggu giliran lebih seratus tahun.

“Namun bermula tahun ini, mereka tidak lagi boleh berbuat demikian bagi memberi peluang kepada orang lain pula. Sehingga hari ini seramai 3.2 juta orang berada dalam senarai menunggu untuk menunaikan ibadah haji, kita harap orang ramai faham keadaan ini.

“Kalau mendaftar hari ini, individu perlu tunggu selama 114 tahun untuk mendapat giliran menunaikan haji.

“Berilah peluang kepada mereka yang belum menunaikan haji,” kata Zukri seperti dilapor BH, hari ini.

Zukri turut mengakui dengan peraturan baru itu TH bersedia melihat pendeposit yang sudah menunaikan haji mengeluarkan simpanan mereka namun beliau berharap semua pihak memahami keadaan institusi berkenaan.

Menurut laporan itu, Zukri bagaimanapun memberi jaminan bahawa subsidi haji yang diperuntukkan oleh kerajaan akan terus dikekalkan tahun ini walaupun tanggungan kerajaan mencecah RM400 juta.

Namun, subsidi untuk tahun-tahun berikutnya akan dibincangkan dengan kerajaan sama ada jumlahnya akan dikurangkan atau tidak berikutan kos pengurusan haji yang semakin meningkat.

Katanya lagi, kenaikan iu disebabkan kos penerbangan dan penginapan yang merangkumi 65 peratus daripada keseluruhan kos haji yang meningkat setiap tahun sehingga diluar kemampuan institusi itu.

“Kos tanggungan haji ditanggung TH tahun ini kira-kira RM400 juta. Tahun lalu, kosnya RM315.9 juta dan pada 2017 pula RM213.5 juta. Ia jelas menunjukkan peningkatan setiap tahun,” jelas beliau seperti dipetik berkata.

Lihat Komen
ADS